Player FM - Internet Radio Done Right
Checked 1y ago
Ajouté il y a quatre ans
Contenu fourni par Lydia Usun Ngimat. Tout le contenu du podcast, y compris les épisodes, les graphiques et les descriptions de podcast, est téléchargé et fourni directement par Lydia Usun Ngimat ou son partenaire de plateforme de podcast. Si vous pensez que quelqu'un utilise votre œuvre protégée sans votre autorisation, vous pouvez suivre le processus décrit ici https://fr.player.fm/legal.
Player FM - Application Podcast
Mettez-vous hors ligne avec l'application Player FM !
Mettez-vous hors ligne avec l'application Player FM !
Podcasts qui valent la peine d'être écoutés
SPONSORISÉ
Send us a text On this very funny short Bonus Show, standup comic Mack Dryden shares his story about going to the Dentist...you'll never believe what happens...Hilarious! Look for Mack Dryden's "NEW" Dry Bar Comedy Special... Please Listen, Enjoy, and Share where you can...Thanks!! Support the show Standup Comedy Podcast Network.co www.StandupComedyPodcastNetwork.com Free APP on all Apple & Android phones....check it out, podcast, jokes, blogs, and More! For short-form standup comedy sets, listen to: "Comedy Appeteasers" , available on all platforms. New YouTube site: https://www.youtube.com/@standupcomedyyourhostandmc/videos Videos of comics live on stage from back in the day. Please Write a Review: in-depth walk-through for leaving a review. Interested in Standup Comedy? Check out my books on Amazon... "20 Questions Answered about Being a Standup Comic" "Be a Standup Comic...or just look like one"…
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA
Tout marquer comme (non) lu
Manage series 2871281
Contenu fourni par Lydia Usun Ngimat. Tout le contenu du podcast, y compris les épisodes, les graphiques et les descriptions de podcast, est téléchargé et fourni directement par Lydia Usun Ngimat ou son partenaire de plateforme de podcast. Si vous pensez que quelqu'un utilise votre œuvre protégée sans votre autorisation, vous pouvez suivre le processus décrit ici https://fr.player.fm/legal.
Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”. "AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
…
continue reading
78 episodes
Tout marquer comme (non) lu
Manage series 2871281
Contenu fourni par Lydia Usun Ngimat. Tout le contenu du podcast, y compris les épisodes, les graphiques et les descriptions de podcast, est téléchargé et fourni directement par Lydia Usun Ngimat ou son partenaire de plateforme de podcast. Si vous pensez que quelqu'un utilise votre œuvre protégée sans votre autorisation, vous pouvez suivre le processus décrit ici https://fr.player.fm/legal.
Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”. "AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
…
continue reading
78 episodes
Tous les épisodes
×H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E99: Tahun Baru, Miliki Hidup Baru. 2 Korintus 5:17. 1:13:19
1:13:19
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé1:13:19
"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." 2 Koristus 5:17, ITB. [Rangka Perkongsian] Kita memiliki satu perhubungan yang baru dengan Allah. Kita memiliki satu kewargaan yang baru. Kita memiliki satu keluarga yang baru. Penutup: "Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Karena itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur." Kolose 2:6-7, ITB. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsikan dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 06 Februari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak. Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook Gereja Lutong Baru Miri.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E98: Tanggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11. 1:32:19
1:32:19
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé1:32:19
Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 January 2022, 8.30am. Pr Welidi Usat. [Rangka Perkongsian.] Tunggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11. 1) Tanggungjawab terhadap diri, ayat 7. a. mengguasai diri b. tenanglah c. berdoa 2) Tanggungjawab terhadap orang lain , ayat 8 -9. a. Mengasihi satu sama lain b. Membantu tanpa bersunggut 3) Tanggungjawab terhadap Tuhan, ayat 10-11. Apakah tanggungjawab kita terhadap Tuhan? Kalau kita berbicara, baiklah kita berbicara seperti menyampai Firman Tuhan. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsikan Pr Welidi Usat dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok Ipui. Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook Gereja Lutong Baru Miri.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E97: “Allah Yang Tidak Berubah. Yesaya 40:28; Wahyu 1:8; Maleakhi 3:6.” 1:12:05
1:12:05
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé1:12:05
Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 January 2022, 8.30am. Pr Usun Anyie Ngau. [Rangka Perkongsian.] “Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah…”, Maleakhi 3:6. Apa ertinya Allah tidak berubah? A. Keberadaan Allah tidak berubah. Mazmur 102:25-27. B. Karakter dan kasih Allah tidak berubah. Bilangan 23:19, Mazmur 103:17, Yeremia 31:3. C. Rencana dan tujuan Allah tidak berubah. Amsal 19:21, Mazmur 33:10-11, Yesaya 14:24. D. Firman dan janji-janji Allah tidak berubah. Yesaya 40:8. Sifat Tuhan yang tidak berubah adalah sumber penghiburan kepada orang-orang percaya kerana kita boleh bergantung kepada-Nya untuk menepati janji-janji-Nya. Dia ada untuk kita apabila kita memerlukan-Nya. Kerana Allah tidak berubah, 1. Kita percaya kesetiaan-Nya untuk memenuhi janji-janji-Nya dan melaksanakan rancangan-Nya. 2. Kita ada penghiburan dalam penderitaan kita dan dalam keselamatan kita. 3. Kita boleh hidup dengan penuh keyakinan. Tuhan sedang memerintah dan berdaulat di dunia ini. Kesimpulan / Penutup. Firman Tuhan mengatakan bahawa Allah adalah “kubu pertahanan” kita. Itulah keyakinan kita dalam kita hidup bersama-Nya sebagai dasar kita dan perlindung bagi kita setiap hari. Apabila kita takut dan khuatir, marilah kita ingat bahawa Allah kita tidak berubah; maka, kita sentiasa aman di dalam Dia. Apabila dunia berputar di sekeliling kita dengan begitu banyak ketidakpastian dan perubahan, Tuhan tetap sama. Tidak kira apapun perubahan dalam hidup, tidak kira apapun keadaan disekeliling kita berubah, ketahuilah bahawa Tuhan tidak akan pernah berubah. Dengan memahami, menghayati dan mengimani siapa Tuhan bagi hidup kita, maka seharusnya orang-orang yang percaya itu adalah orang yang paling tenang menghadapi hidup ini. Kerana mereka punya Tuhan yang berkuasa, Tuhan Pemelihara, Tuhan yang Setia pada janji-janji-Nya dan Tuhan yang mengasihi. Seharusnya iman kita tidak boleh goyah hanya kerana rupa-rupa masalah kehidupan, kerana kita punya Tuhan yang lebih berkuasa dan kasih-Nya lebih besar dari masalah-masalah hidup kita. Iman menenteramkan jiwa kita, kasih Tuhan mendamaikan hati kita dan janji-janji-Nya menguatkan hidup kita. Kerana Tuhan tidak berubah kita boleh menjadi tenang apabila segala-galanya di sekeliling kita berubah. Tuhan bekerja dalam perubahan kita untuk menggerakkan kita ke hadapan. Dalam setiap perubahan kita boleh yakin Tuhan merancang untuk kebaikan kita, mendekatkan kita kepada-Nya. Allah yang kekal dan tidak akan berubah selamanya! Kita manusia, keadaan, dan apa pun dalam dunia ini dapat dan akan berubah, kecuali Allah kita! Mari kita jalani hari kita dengan mata yang tertuju kepada Allah kita yang kekal, Allah yang tidak pernah berubah kelmarin, hari ini dan selamanya. Amen! [Firman Tuhan dikongsikan Pr Usun Anyie dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Angela Mancha. Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook BEM Lutong Baru.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E96: Persekutuan Doa 18 Januari 2022. 28:01
28:01
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé28:01
Persekutuan Doa. 18 Januari 2022, Selasa, 8.00PM. BEM Lutong Baru BM. Pembacaan : Mazmur 121, ITB. “1 Nyanyian ziarah. Aku melayangkan mataku ke gunung-gunung; dari manakah akan datang pertolonganku? 2 Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi. 3 Ia takkan membiarkan kakimu goyah, Penjagamu tidak akan terlelap. 4 Sesungguhnya tidak terlelap dan tidak tertidur Penjaga Israel. 5 TUHAN-lah Penjagamu, TUHAN-lah naunganmu di sebelah tangan kananmu. 6 Matahari tidak menyakiti engkau pada waktu siang, atau bulan pada waktu malam. 7 TUHAN akan menjaga engkau terhadap segala kecelakaan; Ia akan menjaga nyawamu. 8 TUHAN akan menjaga keluar masukmu, dari sekarang sampai selama-lamanya.” Shalom. Lydia. [Persekutuan Doa dipimpin (1) Saudari Julian Lakai - Pujian Penyembahan & (2) Saudara Michael Engan - Renungan & Perkara Doa.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E94: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2. 32:17
32:17
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé32:17
Mesej Dorongan Tahun 2022. Guest: Pr Dicken Padan. Tema: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2 . "Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus , yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah. Ingatlah selalu akan Dia, yang tekun menanggung bantahan yang sehebat itu terhadap diri-Nya dari pihak orang-orang berdosa, supaya jangan kamu menjadi lemah dan putus asa." Ibrani 12:1-3, ITB. Dorongan: Dorongan agar "kita tetap fokus kepada Yesus, sebab Dia adalah segala-galanya bagi kita. Dia adalah keselamatan kita. Dia adalah penopang kita. Dia adalah pengantara dan pembela kita di hadapan Allah Bapa yang di syurga. Walau apapun, walau bagaimanapun cabaran yang kita hadapi di hari-hari yang akan datang, di dalam Tahun 2022, marilah kita tetap fokus kepada Yesus, sebab dari Dia-lah kita mendapat pertolongan." ___ Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 09 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Alvin Anthony & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E93: Kuatkan & Teguhkan Hatimu. Yosua 1:9. 37:22
37:22
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé37:22
Kebaktian Tahun Baru 2022. "Bukankah telah Ku-perintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allah-mu, menyertai engkau, ke mana pun engkau pergi.” Yosua 1:9, ITB. Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 02 Januari 2022, 8.30 am (Kebaktian Tahun Baru). Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E91: Yesus Juruselamat Kita; Lukas 2:8-11. 34:12
34:12
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé34:12
Kebaktian PraKrismas 2021. Guest: Pr Machya Magdalene Bala. Tema: Yesus Juruselamat Kita. Lukas 2:8-11 . "Lalu kata malaikat itu kepada mereka: 'Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud." Lukas 2:10-11, ITB. Rumusan Perkongsian: "Erti Natal adalah kita menjemput, menerima, mengundang, Tuhan Yesus di dalam hati kita, di dalam keluarga kita, di dalam jemaat kita; dan kita hidup kudus, berkenan di hadapan Tuhan. Itulah ertinya Natal, iaitu, Tuhan Yesus datang untuk menyelamatkan kita dari kematian secara rohani supaya kita mendapat kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya." ___ Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 19 Disember 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Alvin Anthony & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E74: Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan. Galatia 1:1-7. 42:09
42:09
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé42:09
Shalom! Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini. Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati Galatia 1:1-7, petikan dari surat Rasul Paulus kepada jemaat-jemaat Tuhan di Galatia. Tajuk perbualan kita adalah, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” Galatia 1:1-7, ITB: 1 Dari Paulus, seorang rasul, bukan karena manusia, juga bukan oleh seorang manusia, melainkan oleh Yesus Kristus dan Allah, Bapa, yang telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, 2dan dari semua saudara yang ada bersama-sama dengan aku, kepada jemaat-jemaat di Galatia: 3 kasih karunia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, Bapa kita, dan dari Tuhan Yesus Kristus, 4 yang telah menyerahkan diri-Nya karena dosa-dosa kita, untuk melepaskan kita dari dunia jahat yang sekarang ini, menurut kehendak Allah dan Bapa kita. 5 Bagi-Nyalah kemuliaan selama-lamanya! Amin. 6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain, 7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus. Dari teks pembacaan kita, saya membawa kita untuk melihat dua perkara untuk menghayati tajuk perbualan kita, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” (1) Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus adalah lengkap dan sempurna. (2) Keselamatan kita adalah kehendak Allah. Rumusan & Kesimpulan: Keselamatan kita adalah kerana kasih karunia Allah. Kasih karunia itu diperlihatkan dalam kematian Tuhan Yesus Kristus di kayu salib. Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus memperdamaikan kita dengan Allah. Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus yang mati di kayu salib untuk dosa-dosa kita adalah sempurna dan lengkap untuk menyelamatkan kita dari zaman yang jahat ini. Keselamatan kita adalah kehendak Allah dan bagi kemuliaan-Nya. Surat Galatia adalah teguran Rasul Paulus bagi jemaat-jemaat Galatia. Pada mulanya mereka mempercayai bahawa keselamatan mereka adalah kerana kasih karunia Allah semata-mata. Tetapi, mereka telah terpengaruh oleh ajaran-ajaran lain yang mengelirukan mereka sehingga mereka meragui bahawa mereka diselamat hanya kerana kasih karunia Allah. Itulah sebab Rasul Paulus meneruskan suratnya seperti ini: “ 6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain, 7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus. ” Doa saya adalah agar kita mengharungi perjalanan hidup kita sekarang dengan yakin bahawa keselamatan kita terletak dalam kasih karunia Allah. Jalanilah hidup ini dengan tenang dalam kasih karunia Tuhan. “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 15 August 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E73: “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian? (Kisah Para Rasul 11:6; 16:30-31).” 37:24
37:24
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé37:24
Shalom! Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati satu soalan, “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian?” Harapan dan doa saya, adalah agar setiap kita, dapat berbual dengan jujur dan yakin akan kepercayaan kita secara peribadi. Mengetahui kenapa kita menggelar diri kita sebagai seorang Kristian, memboleh kita untuk berbual dengan jujur dengan sesiapa seandainya kita ditanya. Mengenal siapa diri kita sebagai seorang Kristian menjadi kita rendah hati dan dapat menghormati kepercayaan-kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita. Sebagai seorang Kristian yang menghormati kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita, memboleh kita untuk bertukar-tukar fikiran tanpa perlu berdebat atau merasa tercabar. Siapakah orang Kristian itu? Jawapan ringkas adalah, “seorang Kristian adalah seorang pengikut Tuhan Yesus Kristus.” Dia memperakui dan menerima Tuhan Jesus Kristus sebagai, Tuhan, Raja dan Juruselamat. ... “Tuan-tuan, apakah yang harus aku perbuat, supaya aku selamat?” Jawab mereka: “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu.” Kisah Para Rasul 16:30-31, ITB. Alkitab, atau Firman Tuhan, memberitahu kita bahawa keselamatan kita teletak di dalam kasih karunia Allah semata-mata. Dalam suratnya kepada orang percaya di Efesus, Rasul Paulus menulis, di Efesus 2:8-10 begini: “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri. Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.” Kita jadi seorang Kristian, iaitu Pengikut Kristus, kerana kasih karunia Allah melalui iman. Kasih karunia Allah bertindak melalui perkerjaan Roh Kudus yang menyedarkan kita tentang dosa kita dan keperluan kita untuk bertaubat. “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu.” Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 01 August 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E70: Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera, Efesus 6:15. 45:49
45:49
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé45:49
Shalom! Selamat beribadah, di mana pun anda berada. Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini. Kita menghadapi musuh yang berusaha keras untuk merosak segala-gala yang baik dan merampas kedamaian kita. Setan mahu merosak kehidupan kita, keluarga kita, harapan kita. Dia mahu merosak hubungan kita dengan Tuhan. Tetapi di dalam peperangan rohani yang kita hadapi, kita diyakinkan oleh Firman Tuhan bahawa, kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Tuhan-lah yang memiliki kuasa untuk memberi kita kemenangan dalam setiap yang kita hadapi bagi kemuliaan-Nya. Saya membawa kita untuk membaca dan merenung sekali lagi Efesus 6:10-20. Kita akan menghayati dan fokus atas ayat 15. Tema perbualan kita adalah, “Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera”. Efesus 6:14-15, ITB; “ Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera.” Bahawa Tuhan mahu memberi kita kemenangan, merupakan Injil damai sejahtera itu. Injil atau Berita Baik yang memberi kita damai sejahtera adalah bahawa Tuhan Yesus, Raja Damai telah lahir kedalam dunia untuk memberikan kita damai sejahtera, walaupun kita sedang dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar dalam hidup di dunia ini, (Lukas 2:10, Matius 1:21). Allah adalah sumber Damai Sejahtera kita. Ini yang membuat kita kuat di dalam kekuatan Tuhan. Kita menang di dalam Tuhan. Maka, “ kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, merupakan keberadaan kita di dalam Tuhan. Rasul Paulus di Efesus 6:15, “ kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, sedang mendasari nasihatnya di atas Firman Tuhan yang dia kenal dan di atas Kristus yang telah memperkenal Diri-Nya kepada Paulus dan telah menjadi Penyelamatnya. Firman Tuhan di Yesaya 52:7, “Alangkah indahnya di atas gunung-gunung melihat kaki mereka yang membawa berita baik, yang mengkhabarkan kedamaian, yang membawa khabar kesukaan, yang mengkhabarkan penyelamatan, yang berkata kepada Sion, "Allah-mu bertakhta!" (AVB) . Berita baik atau Injil damai sejahtera itu adalah bahawa "Allah bertakhta", bahawa “Allah Raja” (ITB). Berita baik, adalah Allah bertakhta dan Dia akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka (Matius 1:21). Itulah Injil. Itulah Injil damai sejahtera. Firman Tuhan, Berita Baik ini, bukan sesuatu yang berkemungkinan, yang ragu-ragu. Ia bukan sesuatu yang mungkin jadi atau tidak jadi. Berita baik adalah pengisytiharan bahawa Allah semesta alam memerintah dan bertakhta ketika ini dan menjalankan kehendak-Nya untuk menebus dan menyelamat umat-Nya. Jadi, pada hari ini, sekiranya anda berada di dalam Yesus Kristus, itu adalah berita baik. Berada di dalam Kristus adalah berita baik yang memberi kekuatan kepada anda dan saya melalui apa pun penderitaan atau cobaan yang kita hadapi. Inilah berita yang kita akui dan isytiharkan. Kita selamat di dalam Tuhan Yesus Kristus. Yohanes 14:27, “ Damai sejahtera Ku-tinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Ku-berikan kepadamu, dan apa yang Ku-berikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu.” Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 04 July 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Wan & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E69: Berdiri Tegap Di Dalam Kristus, Efesus 6:10-20. 42:22
42:22
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé42:22
Shalom! Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada. Tajuk renungan kita pagi ini adalah, “Berdiri Tegap Di Dalam Kristus.” Kita telah diberi perlengkapan senjata Allah. Kita dapat melalui masa-masa yang mencabar kerana perlengkapan yang ada pada kita di dalam Kristus. Teks, Efesus 6.10-20, yang kita telah baca menggambarkan perjalanan hidup yang sedang kita jalani sebagai medan peperangan. Kita semua berada di tengah-tengah medan peperangan yang memerlukan kita memakai perlengkapan senjata yang lengkap. Tidak ada satu orang pun terkecuali. Tetapi peperangan ini bukanlah melawan darah dan daging. Kita sedang melawan “tipu muslihat Iblis”. Kita berperang “ melawan roh-roh jahat di udara.” Peperangan kita adalah Peperangan Rohani. Bagaimanakah kita dapat bertahan dan berdiri tegap dalam peperangan hidup ini? Di ayat 10, Efesus 6, Rasul Paulus mengingatkan bahawa kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Kita kuat dan dapat berdiri tegap di dalam Kristus. Kita akan menghayati dua perkara yang membolehkan kita untuk berdiri tegap dalam menempuhi cabaran hidup. 1. Memakai seluruh perlengkapan senjata daripada Allah. 2. Mengenakan Tuhan Yesus Kristus. “Seluruh perlengkapan sejata Allah” yang disebut dalam Efesus 6:13-17 adalah gambaran Tuhan Yesus Kristus. Kita kuat dan dapat berdiri tegap di dalam Kristus. Mengenakan atau memakai, “seluruh perlengkapan senjata Allah” adalah mengenakan Tuhan Yesus Kristus. Di dalam Tuhan dan di dalam kekuatan kuasa-Nya kita dapat bertahan dan berdiri tegap dalam menepuhi cabaran. Kita sedang bertempur di medan peperangan rohani. Kita bertempur dalam kekuatan yang Tuhan beri kepada kita. Kadang-kadang kita merasa bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa, seolah-olah kita dikelilingi musuh. Keselamatan adalah milik Tuhan dan datang dari Tuhan. Tuhan-lah yang memberi kita kemenangan. Di dalam Tuhan kita kuat dan menang. Mari kita dengan yakin berkata seperti kata-kata Rasul Paulus di Filipi 4:13, “segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.” Kiranya Roh Tuhan meyakini kita agar berdiri tegap di dalam Kristus. Amen. Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 27 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E68: “Kebapaan Tuhan.” [Renungan Sempena Hari Bapa] 50:02
50:02
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé50:02
Shalom umat Tuhan yang dikasihi. Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada. Selamat Hari Bapa. Pagi ini kita menghargai Bapa-Bapa diantara kita. Dan, sempena Hari Bapa, saya membawa kita untuk menghayati panggilan “Bapa Kami” dari doa “Bapa Kami” di Matius 6:9, yang kita sering ucapkan dan ramai dari kita kenal dan hafal. “Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, ..." [Matius 6:9-13, ITB] Dari teks Firman Tuhan yang telah kita baca, saya membawa kita menghayati dua sifat “Kebapaan Tuhan” sebagai dorongan agar setiap kita dibawa kembali untuk melihat kepada Allah, yang kita hampiri dan panggil sebagai “Bapa” dalam doa-doa kita. Allah adalah Bapa kita. Tajuk perbualan kita adalah, “Kebapaan Tuhan”. Kita dapat memanggil Allah, Bapa, oleh kerana perbuatan-Nya Sendiri. Firman Tuhan di Efesus 1:5, menyebut bahawa kita dijadi atau diangkat sebagai anak kerana Yesus Kristus. “Dalam kasih, Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya,” (AVB) . Oleh Yesus Kristus, menurut keredaan dan kehendak Allah, kita diangkat sebagai anak. Kerana anugerah Tuhan semata-mata kita diselamatkan dan diangkat sebagai anak. Sebagai anak angkat , kita dengan itu dapat menghampiri Tuhan dan memanggil-Nya, “Bapa”. (1) Sifat Kebapaan Tuhan yang pertama kita hayati pagi ini adalah, “Kasih Sayang Bapa”. Dia adalah Bapa yang penuh belas kasihan. Bapa yang Maha Pemurah, Bapa yang Maha Pengasih dan Bapa yang Maha Penyayang. Nabi Yesaya mengambarkan kasih sayang Allah Bapa kepada kita di Yesaya 46 sebagai Bapa yang bersama kita senantiasa, sejak dari dalam kandungan ibu kita terus-menerus ke alam kanak-kanak, alam dewasa kita dan melalui masa tua kita. Allah bukan saja sentiasa bersama kita, Dia mendukung kita kerana Dia Bapa kita. Dalam Yesaya 46:3-4, Tuhan berfirman melalui Nabi Yesaya begini, “…. hai orang-orang yang Ku-dukung sejak dari kandungan, hai orang-orang yang Ku-junjung sejak dari rahim. Sampai masa tuamu Aku tetap Dia dan sampai masa putih rambutmu Aku menggendong kamu. Aku telah melakukannya dan mau menanggung kamu terus; Aku mau memikul kamu dan menyelamatkan kamu.” (2) Sifat Kebapaan Tuhan yang kedua untuk kita hayati pagi ini adalah, “Didikan dan Teguran Bapa”. Di Amsal 3:11-12 kita membaca, “Hai anakku, jangan pandang sepi pengajaran TUHAN, dan janganlah berasa geram terhadap teguran-Nya, kerana TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya.” Kesimpulan: Selamat Hari Bapa. Hari ini hari untuk kita bersukacita di dalam Tuhan. Sebagai manusia yang rapuh dan lemah, Tuhan telah dalam anugerah-Nya memperbolehkan dan memampu dan melengkapi anda yang digelar bapa untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa yang mengasihi, menyayangi, dan mendisiplinkan anak-anak yang dipertanggungjawabkan Tuhan kepada anda. Anda tidak dapat melakukan tanggungjawab anda sebagai bapa dengan kekuatan anda sendiri. Anda dan saya perlu bergantung kepada Allah Bapa, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah Bapa akan memimpin melalui Roh dan Firman-Nya dan mengurapi anda dalam menjalankan peranan anda sebagai seorang bapa. Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 20 Jun 2021, 8.30 am, sempena HARI BAPA. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Tracy Saman & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E67: “Mengapa Kita Tak Perlu Takut, Yesaya 41:10.” 43:11
43:11
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé43:11
Guest Speaker: Pr Welly Sigo. Kebaktian Hari Ahad, BEM Lutong Baru BM, 13 Jun 2021, 8.30 am. *** Ringkasan: Melihat situasi-situasi yang terjadi di sekitar kita saat ini, dunia, pada umumnya merasa bingung, khuatir, takut, dan merasa ketidakpastian terjadi dalam kehidupan. Namun, kita akan melihat kebenaran Firman Tuhan yang akan mendorong kita bersama-sama, sehingga kita tidak seperti dunia ini. Kita adalah orang-orang yang mengikuti Yesus Kristus sebagai Tuhan yang memberi kita pengharapan dan kepastian. Kita membaca kebenaran Firman Tuhan di Yesaya 41:10, yang berkata: “… janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau, janganlah bimbang, sebab Aku ini Allah-mu; Aku akan meneguhkan, bahkan akan menolong engkau; Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku yang membawa kemenangan.” Mungkin timbul dalam fikiran kita persoalan: “Mengapa dunia takut?” “Mengapa orang merasa takut dan bimbang? Mengapa ada kekuatiran?” Jawapan yang mungkin menjadi alasan mengapa orang merasa takut, bimbang dan khuatir: 1. merasa diri tidak selamat. 2. sesuatu yang tidak pasti. Mengapa kita tak perlu takut? Berdasar teks Firman Tuhan yang kita baca, Yesaya 41:10, menjelaskan ada 6 alasan mengapa saya dan saudara tidak perlu takut di dalam kehidupan ini. 1. Aku menyertai engkau. 2. Aku ini Allah-mu. 3. Aku akan meneguhkan engkau. 4. Aku akan menolong engkau. 5. Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku. 6. Aku akan membawa kemenangan. Kesimpulan: Sebagai umat Allah, kita perlu mengalami hubungan yang intim dengan Allah. Keintiman itulah yang memberi bagi kita jaminan, yang memberi bagi kita kunci ataupun rahsia, sehingga kita mengalami kepastian di tengah-tengah ketidakpastian, sehingga kita mengalami keberanian di tengah-tengah ketakutan, sehingga kita mengalami pengharapan di tengah-tengah tidak ada pengharapan. Yang ada di sekitar kita mungkin mengerikan dan menakutkan, tetapi, ketika kita mengalami keintiman, kita hidup di dalam Kristus, kita akan tetap aman. *** Terima kasih Pastor Welly. Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 13 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak & Keluarga.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E66: “Menjalani Hidup Yang Bererti, Mazmur 23:3.” 39:10
39:10
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé39:10
Shalom. Saudara, Saudari yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus; Selamat beribadah, dimanapun anda berada. Terima kasih kerana hadir dalam kebaktian ini. Kita akan adakan Perjamuan Kudus selepas perkongsian Firman Tuhan, dan anda dipelawa untuk turut serta di Meja Tuhan di mana pun anda berada ketika ini. Minggu ini, kita, sekali lagi, berada dalam suasana PKP, Perintah Kawalan Pergerakkan. Kita telah bersama-sama mengharungi pandemik Covid-19 lebih setahun. Selama satu tahun, setiap kita mengalami berbagai pengalaman setelah pergerakkan dan kerja-kerja kita terhad dan dihad. 2020 berlalu seolah-olah dalam sekelip mata. Hari ini, kita sudah berada di pertengahan 2021. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Seolah-olah perjalanan hidup tidak menentu dan tanpa haluan yang kukuh. Persoalan demi persoalan mungkin berada di fikiran kita. Dan mungkin, juga, persoalan asas kehidupan terbit sekali lagi dalam fikiran kita. Antaranya, “ke mana kah arah tuju hidup ini?”, “apakah erti kehidupan ini?” dan, “siapa kah saya? atau kenapa saya ada di dunia ketika ini?”. Pagi ini, saya membawa kita membaca Mazmur 23 sekali lagi. Mazmur yang ramai kita kenal. Kita akan menghayati ayat 3, dengan “Menjalani Hidup Yang Bererti” sebagai tema perbualan kita. Kita akan menghayati ayat 3 - “Dia menyegarkan jiwaku. Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh kerana nama-Nya”, sebagai dorongan bahawa kita, anda dan saya, sedang “Menjalani Hidup Yang Bererti” kerana Yesus Kristus. Kita akan menghayati 2 perkara. 1. Berada Di Jalan Yang Benar. 2. Kerana Yesus Kristus. Di dalam Kristus, hidup yang anda sekarang jalani bererti. Di dalam Kristus, kehidupan anda sekarang bukan sesuatu yang sia-sia. Hidup kita ada tujuan dan ada maksudnya dalam Kristus Yesus. Kristus-lah yang membawa dan memulih makna dalam hidup kita. Tuhan Yesus Kristus, Gembala yang baik menuntun kita di jalan yang benar kerana kasih karunia Tuhan bagi kemuliaan Tuhan. Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 06 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Uding Anyie.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
H
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

1 E65: “Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar, Efesus 1:17” 39:52
39:52
Lire Plus Tard
Lire Plus Tard
Des listes
J'aime
Aimé39:52
Shalom. Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini saya membawa kita untuk menghayati Efesus 1:17. Tema renungan kita adalah “Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar”. Saya membaca Efesus 1:15-23. Petikan yang kita baca, adalah sebuah doa. Kadang-kadang kita lebih cenderong untuk bercakap kepada orang tentang kebenaran. Itu, juga, adalah baik. Tetapi seringkali kita berusaha dalam daya dan kepandaian sendiri untuk menerangkan kebenaran tetang Tuhan dan lupa untuk berdoa, memohon agar Tuhan sendiri memperkenalkan Dirinya kepada orang. Saya percaya, doa Rasul Paulus tercatat dalam Alkitab agar kita bergantung sepenuh kepada Tuhan, yang bukan sahaja sumber kebenaran, tetapi Dia Sendiri adalah Kebenaran itu; agar kita dan setiap orang diperboleh untuk memahami kebenaran. Dari petikan yang kita baca, kita akan menghayati 2 perkara. (1) Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu. (2) Mengenal Dia Yang Benar. “Aku berdoa semoga Allah Tuhan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-Nya. Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman.” Efesus 1:17-19, AVB. Tuhan memberkati semua. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 23 Mei 2021, 8.30 am, BEM Lutong Baru BM. Pemimpin Pujian : Saudara Desmond Jok.] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message…
Bienvenue sur Lecteur FM!
Lecteur FM recherche sur Internet des podcasts de haute qualité que vous pourrez apprécier dès maintenant. C'est la meilleure application de podcast et fonctionne sur Android, iPhone et le Web. Inscrivez-vous pour synchroniser les abonnements sur tous les appareils.